Tuesday, January 17, 2012

Kenapa Orang B.E.N.C.I MLM?

DISCLAIMER: *Entry ini bukan ditujukan kepada mana2 individu, x kira lah yang saya kenal atau x kenal. This is purely MY PERSONAL VIEWS & OPINION. Kalau x suka, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. But for me, KEBENARAN tu kadang2 memang PAHIT untuk DITELAN; & this is what I feel... and the only way I can express it (is thru my PERSONAL Blog)*

Dear gentle Readers,

Selama 3 bulan setengah saya buat biz ni, macam2 pengalaman saya dah tempuh. In fact, walaupun sebelum ni saya x pernah join mana2 biz MLM, tapi saya dah terbiasa ikut my mum pergi biz meeting, pergi sponsoring, follow up & macam-macam lagi. 

FYI, my mum dah lebih dari 15 tahun berkecimpung dalam dunia MLM ni. I dah pernah merasa ikut my mum pergi majlis anugerah, pergi melancong & my mum pernah dapat tabung kereta pun. And sebelum I decide nak join this biz pun, I dah fikir masak2 weather I dah physically, mentally & emotionally READY utk buat biz ni. I told myself "biz MLM ni sebenarnye cantik, & indah sangat! Tapi most of the time orang BUKAN BENCI MLM, tapi CARA USAHAWAN2 MLM MENGGERAKKAN BIZ MEREKA!

1) LAIN LEADER, LAIN CARA!!!

Jangan sama kan cara I dengan cara leader lain ye, sebab ada yg PM I cakap nak sgt join biz tp x suka keluar jumpa client or leader sampai lewat malam. Lain leader, lain cara. My style, kita JANGAN KELUAR DARI FITRAH yang Allah dah tetapkan utk kita. Sebab bila kita langgar fitrah2 ni, kehidupan kita CONFIRM tak aman... Apa antara fitrah2 manusia tu?



Dalam slide di atas ada menyatakan tentang 2 keperluan manusia iaitu unsur ROH & JASAD. Keperluan Roh merangkumi keperluan beragama, pegangan hidup,  ibadah & menerima qada' & qadar. Dari segi keperluan jasad pula, manusia memerlukan makanan, tempat tinggal, tidur & rehat yg mencukupi, pasangan dll. Sebenarnya, bila kita langgar fitrah2 ini lah yang menyebabkan life kita jadi hura-hara & tak happy :(

So, di sini I nak share PENDIRIAN I terhadap a few things regarding MLM yang biasa kita dengar. Memang betul, untuk berjaya memang BANYAK PENGORBANAN YANG KITA KENA LAKUKAN. Korban masa, tenaga & wang ringgit di peringkat permulaan, supaya nanti kita akan dapat rasai hasilnya di kemudian hari. Persoalannya sekarang, SEJAUH MANA & SEDALAM MANA anda SANGGUP BERKORBAN?

For me, kalau sebab2 mcm ni I x jadi CDM pun I redha. Its a matter of principle yg I pegang & x bole nak korbankan. Let's go through 1 by 1.

2) Multi Level Marketing = MEETING LARUT MALAM

Bukan nak tunding jari pada mana2 syarikat MLM, tapi sepanjang lebih dari 15 tahun my mum berkecimpung dalam dunia MLM, meeting atau jumpa client sampai lewat malam adalah PERKARA BIASA

So, I x salahkan potential client yang TOLAK MENTAH2 utk buat biz ni dgn alasan "leaders selalu ajak keluar sampai jauh malam". Sampai ada yang kata biz MLM ni = Meeting Larut Malam! Based on my observation DULU, kadang2 sampai ada pasangan yang bercerai-berai. Nauzubillah...

For me, bekerja ataupun personal touch sampai 2-4am tu bukan sesuatu yg patut dibanggakan. 

Call biz partner selepas pukul 12 a.m. tu tak menunjukkan kita ni CARING, tapi BIADAB! 

Kita ada family, ada anak kecil. Memang betul, leaders pun ada anak kecik gak tp diorg x kisah kut. I kisah! Plus, most of the time pemimpin2 pangkat tertinggi ni buat biz together with their spouse, jadi diorang x bergaduh laki-bini about balik2 lambat ni.

For me, MAX by 11 p.m. tu I dah nk ada kat rumah. So its a matter of choice sebenarnya. I choose to be at home malam2 or pagi2 buta, bukan keluar jumpa leader or biz partners. I bukan nk tunjuk degil ke, OR tunjuk pandai. Kalau nak dikira kan, I ni bukannya hebat sangat pun. Belum jadi CDM pun lagi. Jauh lagi perjalanan tu. Tapi my health & family memang #1. 


Having said that, 2 kali seminggu our stockist memang provide class every wednesday & saturday. These classes starts at 8pm till late. In my opinion, kalau kita betul2 serious nak berjaya dlm biz ni, kelas ni adalah WAJIB! Sebab cuba fikir balik, utk apply kerja kita berhempas pulas belajar dari darjah 1 hingga lah ke university; semata-mata utk dapatkan ilmu & seterusnya secure pekerjaan yg baik.


Dalam biz ni pun sama juga. Ini adalah bentuk PENGORBANAN MASA yang kita kena buat untuk berjaya. Like what my leader Ismalina selalu ingat kan I, cubalah plan masa kita betul2... Sebab dah mmg tau ada kelas every wednesday & saturday. Kalau ada hal yg x dapat dielakkan tu lain lah. Plus, kalau husband x bagi balik lambat, stay sampai penghujung the 1st session jer, then balik (around 10.30pm)... Jangan disebabkan hal kecil macam ni, kita pulak bergaduh laki-bini kan...

3) KOMITED TAK BERTEMPAT i.e. TAKSUB SANGAT!

Kita dah sedia maklum, untuk berjaya elemen ILMU + TINDAKAN + RUJUK adalah sangat penting. Pincang salah-satu, maka jangan salahkan sesiapa kalau kita x berjaya dlm biz ni. Sebagai manusia biasa, kita merancang tapi tuhan yang menentukan. Kadang2, kita ada hal-hal keluarga yang x dapat dielakkan; or sometimes kita perlu MEMBUAT PILIHAN, antara keluarga atau kerjaya. Boleh jadi juga, tahap kesihatan kita tidaklah begitu baik... And kalau kita PUSH diri kita jugak, kita mungkin akan jatuh sakit. 

For me, kita sendiri tau YANG MANA SATU PRIORITY kita. Biz ini biz kita sendiri. Orang boleh anggap atau kata apa sahaja, tapi kalau kita sakit, BIZ KITA SENDIRI YANG X BERGERAK! Kalau kita bergaduh dgn ahli keluarga, KITA SENDIRI YANG STRESS! Orang lain? Life mereka berjalan seperti biasa. Jadi jangan peduli apa org fikir tentang kita.

Pernah dalam satu acara ni, seorang pemimpin tertinggi syarikat dengan BANGGA nya menceritakan betapa komited nye beliau terhadap rakan kongsi beliau. Masa tu dia dapat panggilan telefon mengatakan mak beliau sakit. Beliau tidak terus bergegas pergi hospital tengok mak beliau yang masuk hospital tu sebaliknya BANTU RAKAN KONGSI sampai lewat petang; then baru pergi kat hospital tengok mak beliau. 

MAK SAKIT MASUK HOSPITAL PUN, TAPI BIZ PARTNER #1!!!

OMG mengucap saya dalam hati. Masa tu my mum pulak ada kat sebelah I. I pandang muka my mum, dalam hati I cakap 

"ya Allah, jangan lah kau jadikan aku seorang anak derhaka, x kira lah dengan sedar atau tanpa aku sedari..." 

Walhal Rasulullah s.a.w. kan pernah bersabda, 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]

Ya Allah, uols nampak x apa pesanan Nabi Muhammad s.a.w. kpd umatnya? IBU #1!!! Ibu 3x lebih utama berbanding ayah; apatah lagi biz partners!!! Saya faham, kita mestilah komited & bertanggungjawab terhadap biz partners yg menaruh SEPENUH KEPERCAYAAN & HARAPAN kepada kita; tapi kita sebagai muslim ni kalau buat sesuatu tu biarlah berpada-pada.

I am sure our biz partner can understand yang kita bukan saja-saja nak choose mak kita over appointment yg dia dah set tu. Ajal, maut & rezeki itu kan di tangan Allah? Kalau memang Allah dah tetapkan rezeki tu untuk kita, x lari ke mana punye client/appointment tu... I x tau lah org lain, but I x boleh laaa taksub x bertempat ni...

4) AYAT-AYAT CLOSING YANG BUAT ORANG MENYAMPAH!

Kalau saya share peluang biz dgn client, & dia jawab...

"nanti ye kak wani, saya kena tanya husband dulu"...

Normally saya akan jawab... 

"ok, x apa... awak bincang dgn husband awak dulu. Kalau husband awak ada apa2 concern, or nak minta kak wani present lagi sekali dekat your husband pun boleh. 

Biar dia faham how this biz work, plus boleh kenal dgn siapa wife dia nak buat biz sekali... Kadang2 husband ni bukan apa, dia risau wife dia kena tipu, or kena tinggal dengan leaders. Kalau dah kenal kan senang?"

My client selalu tercengang dengar my answer, sebab diorang kata jawapan standard usahawan MLM adalah:

"kalau saya…. kalau benda2 tu baik untuk saya, saya tak tanya orang lain, saya terus je terima dan buat keputusan. kalau suami kita nak kahwin lain pun, bukannya dia tanya kita"


Secara kasar, memang betul kita sendiri yg menentukan hala tuju hidup kita. Tapi ingatlah, kita ni hidup berpaksikan pada agama. I mengaku, I ni bukan baik sgt. In fact masa sekolah or uni dulu, banyak dosa2 entah apa2 I buat. Tapi sejak berkahwin & beranak-pinak ni, kalau boleh I nak kehidupan I ni semakin hari semakin baik, bukan semakin teruk. 

Sebagai seorang isteri, setiap apa yang kita lakukan tu biarlah dgn redha suami. Memang betul, kdg2 suami ni risau x bertempat. X bagi isteri buat biz tapi duit yg dihulur x pernah cukup utk keperluan rumah. Tapi ingatlah pesan Rasulullah s.a.w. yang ini:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

So, I selalu advice my client... Cuba lah yakin kan suami dgn cara yg berhemah. Ajak dia ke kelas, tengok sendiri suasana kat kelas tu macam mana. Jumpa dgn pemimpin yg berjaya then decide sama ada nak izin kan isteri berniaga atau pun tidak... 

Selalunya, kalau suami nampak kesungguhan isteri tu utk berjaya, dia akan support. Suami2 ni bukan apa, takut isteri hangat2 tahi ayam jer. Jadi, kalau dah dapat restu suami tu, pandai-pandailah bahagi kan masa antara urusan pejabat, rumahtangga & juga business. Jangan sampai 'yang dikejar x dapat; yang dikendong berciciran'.

5) ASYIK KENA PUSH JER!

For me, leaders are not there to push you UNNECESSARILY & BOSS u around. Kat office dah kena bambu dgn boss & nak kena layan kerenah staf bawahan. Kat biz kena push dgn leader pulak. Mana tahan!

Tugas leaders adalah untuk bagi guidance, provide support & be with u along the way. Leaders seharusnya peka terhadap condition & masalah team, also lebih bersikap terbuka & positif. Mesti ingat, different partner comes from different family/education background, & x semua org posses the same CAPABILITY & CAPACITY

Sesetengah partner laju sikit, sesetengah take time, sesetengah lagi buat biz ni santai2 utk cari income buat pergi shopping jer. For some people -> kerja sampai lewat2 malam, x kira la makan gaji ke, or biz ke is a BIG NO! So pendekatan kita mestilah berbeza... 


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Sebenarnye, ada banyak lagi yg I nak kongsi dgn uols, tapi x larat nak tulis semua in 1 entry. Apa yang I boleh kata kan, memang kita perlu belajar dari orang2 yg dah berjaya... Follow setiap apa yang mereka buat, InsyaAllah kita pun boleh berjaya. Tapi kalau follow bulat2 & perkara tu melanggar prinsip hidup & agama I; biarlah I buat sesuatu tu dengan cara I sendiri. Tak kisah lah kalau it took me 5 years untuk jadi CDM pun (banding dgn org lain yg naik jadi CDM dalam masa 1-2 tahun); I REDHA. Yang penting, hubungan I dengan Allah, family, suami, anak2, kawan2, leaders2 dll terjaga.

Kalau selama ni uols memang nak sangat UBAH KEHIDUPAN tapi x nak join MLM sebab apa yg I highlight kat atas tu, FEAR NOT! We are in the same boat. If you selesa/comfortable dengan cara I, please call me (016-225 7305) & kita set up appointment. I akan share tentang kebaikan product & cara kami buat biz ni secara kerjasama dalam kumpulan.

But if u x agree dgn cara I, x jadi masalah. Ramai lagi authorised Premium Beautiful agent kat luar sana tu. Tinggal nak pilih ajer leader mana satu yg uols nak bernaung. Tiada paksaan okey (",)


Tadi I jumpa client yg jauh2 datang dari PERLIS semata2 nak tau tentang biz ni... Hmmm org jauh pun semangat, yang dekat ni REBUT lah peluang ni cepat2... I pun baru buat biz 3 bulan setengah, belum sibuk sangat... Kalau dah ada berpuluh/beratus2 direct line nanti... Hmmmm confirm u kena cepat BERDIKARI sebab badan ni ada 1 jer, x boleh bahagi2 sampai 30-40.

So, sementara masih x sibuk ni, sementara I boleh guide uols ALL THE WAY sampai capai apa yg uols idam-idamkan tu, WHY NOT jumpa I dulu, kita sembang2 biz. I share dgn u mcm mana cara kerja & prinsip2 I... Then u decide sendiri. 

If u ask potential client/biz partner yg pernah I jumpa sebelum ni, confirm diorang AGREE yang I X PERNAH PUSH anybody to join my group. Yang penting, kita buat kerja biarlah ikhlas kerana Allah Taala & jangan sekali-kali melanggar fitrah yang Allah dah tetapkan untuk kita.  

Last but not least, besar tanggungjawab menjadi pemimpin ni. I akan berusaha supaya I jadi leader yang disayangi & dihormati... Bukannya DITAKUTI, DIJAUHI & DIBENCI... Ya Allah, permudahkanlah buat kami semua (",)


p/s : Kalau dah baca sampai habis, pls leave a comment. I nak tau juga apa pandangan uols tentang MLM or pengalaman uols sebelum ni... TQ

2 comments:

  1. Kesimpulan: Don't let others dictate the life you want to live. You choose your own path. Let's respect & embrace each other's differences (",)

    ReplyDelete
  2. hmm..st setuju part keizinan suami tu penting..ibu bapa pun.sbb dulu sy bkn seorang yg baik sgt pun.byk buat mslh pd mak ayah sy.tp bile meningkat remaja sy da berazam takkan buat keputusan aendiri tanpa bertanya pendapat org pentinf di sekeliling sy.contoh..sblm msk biz nie..sy Mmg nak kena tanya sui dulu sbb stp ape yang die buat die akan berbincang dgn sy dan stp ape yg sy nak buat sy biasa akan berbincang dengan die..stp apa yang kite buat pendapat suami adalah penting.lagi2 kalo ade anak n tau isteri die mmg mmg selalu sakit2..pengsan2..tapi saya berjaya yakin kan die dgn syarat..jgn buat kerja terlalu penat..sbb pnah skali die kol sy x jwb 3x..die blk umah dlm keadaan berdebar..sbb igt sy pengsan lg.kadang2terharu dan bersyukur dpt suami mcm die.sbb tu pendapat die penting dlm srgala hal..walau sy tau die benarkan.cuma nak dgr ape syarat or pesanan yg die akan bg stp kali sy nak buat sesuatu.lg plak sy x ajar anak susu botol walaupun ade pam.tu silap sy sbb sy menyusu direct sbb nak lebih dekat ngn baby..so mmg kne bwk baby kemana2.jd limited la sket masa sy..kata die buat slow n steady dulu sbb baby asyik nak ngn sy..pyh sket nk p jauh2(kelas )sbb die bz.slalu kne blk lewat.kata die sy kerja bkn hy krn gaji semata2 tp tanggungjawab kerja yg diberi.sy terima syarat die n sabar sbb sy mmg serius dlm biz ni.yg penting family datang dulu.biz no 2.so far ok lg kot cuma kelas tu je ade internal prob sket..insyaAllah lps setel semua..baru sy dpt attend dengan hati yg lega tanpa serabut..apa2 pun...kak wani x pnah push pun..dan sy pasti sy xkan ditinggalkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...